KVPM SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN: MEDIA NETWORK

MEDIA NETWORK

MAKSUD MEDIA NETWORK
Media network ialah rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian.


KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
- Berkongsi Fail 
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

- Memindahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

- Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll
Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

- Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

- Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

- Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

KELEBIHAN RANGKAIAN KOMPUTER
-Perkongsian Maklumat
-Perkongsian Sumber Perkakasan
-Perkongsian Sumber Perisian
-Utusan Elekronik (E-Mail)
-Keselamatan Data 
-Sokongan

SISTEM OPERASI RANGKAIAN
-Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
-Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
-Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
-Mengelola permintaan layanan printer.
-Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
-Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

WIRELESS NETWORK
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).
 
KELEMAHAN RANGKAIAN TANPA WAYAR
- Kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar)
- Mudah terganggu oleh gelombang radio
- Gelombang mikro lambat
- Terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.

PERISIAN APLIKASI
Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect.


Copyright © KVPM SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN Urang-kurai